Tuesday, April 24, 2007

Mandat Guru

Dah terlalu lama ana perhatikan gerak-geri mereka yang mengaku kononnya sebagai murid ana. Tidak! Ahli-ahli MMT yang telah melantik Marwi Latiff sebagai Guru Silat Cekak sangat jelas meruntuhkan perjuangan yang ana telah landaskan. Pada ana mereka ini adalah 'Pengkhianat' kepada perjuangan ana.

Guru Silat Cekak ini perlu mempunyai mandat yang jelas dan perjanjian diantara Guru Semasa dengan Bakal Guru. Penyerahan mandat ini hendaklah berlaku dengan pertemuan 4 biji mata dan Allah yang menjadi saksi penyerahan tersebut. Ketika mandat ini hendak diserahkan kepada ana oleh Pak Ya Said, Pak Ya cakap bahawa Tok Rashid pesan, beliau hendaklah menyerahkan kembali Silat Cekak ini kepada anak cucunya daripada Kedah.

Menurut Pak Ya, penyerahan mandat antara beliau dengan Tok Rashid berlaku 4 biji mata dan beliau adalah pemegang amanah dan perjanjian beliau dengan Tok Rashid ialah beliau hendaklah menyerahkan semula mandat tersebut kepada orang Kedah yang berhak (iaitu ana). Perjanjian Pak Ya dengan ana ialah mulai saat itu, beliau tidak boleh mengambil anak murid ana dan ana tidak boleh mengambil anak murid Pak Ya.


Ana terus mengembangkan Silat Cekak ini berlandaskan Tauhid. Sebelum ana meninggal dunia, ana telah menyerahkan mandat sebagai Guru Silat Cekak kepada Pak Ak (Ishak Itam). Penyerahan ini berlaku secara 4 biji mata dan perjanjian ana dengan Pak Ak ialah beliau sebagai pemangku sementara menunggu anak ana (Md.Radzi) cukup umur (sampai masa). Dan penyerahan mandat Guru Silat Cekak telah diserahkan oleh Pak Ak kepada anak ana Md.Radzi mengikut tatatertib penyerahan yang sah, jelas dan telus.

Bermula daripada zaman Panglima Ismail sehinggalah ke zaman Pak Ya Said, ana tak pernah tahu malah tidak pernah diberitahu bahawa Guru Silat Cekak ini dilantik atau ditentukan oleh MMT. Sebenarnya, MMT ini cuma wujud untuk tujuan mengistiharkan Pak Ak sebagai Guru Silat Cekak selepas ana meninggal dunia. MMT tidak berhak menentukan Guru Silat Cekak.

Ana berpesan kepada mereka yang sayangkan perjuangan peninggalan ana, berpeganglah kepada sejarah salasilah perguruan Silat Cekak sebab mandat Guru ini sangat penting. Ana tahu golongan pengkhianat cuba menipu sejarah dan mengelirukan masyarakat untuk kepentingan peribadi.

Ana berpesan kepada semua, jangan menentang kebenaran, nanti akibatnya sangat buruk. Contohnya, suatu ketika dulu, bapa kepada murid ana benci mendengar ana bercerita tentang kebenaran dan agama. Akhirnya, bapa kepada murid ana tersebut, diakhir hayatnya telah mati didalam jamban. Kisah ini sangat jelas diketahui oleh Amruddin, Bai dan Tole.

Apapun, ana mengetahui segala perkara yang berlaku dalam Silat Cekak sekarang kerana ana boleh melihat kamu dan kamu tidak mampu melihat ana. Ana juga menegaskan kepada semua pengkhianat yang merosakkan perjuangan ana, ana tarik kembali segala ilmu yang telah ana perturunkan kepada kamu. Ana tidak mengiktiraf kamu semua sebagai murid ana... dunia mahupun akhirat.

20 comments:

Anonymous said...

jgn la wat cerita camni..kurang ajar namanya...jg main kn ustaz hanafi!!

Anonymous said...

masa bila lak ustaz hanafi tulis kat blok ni. jgn buat sebarangan jer dgn nama ustaz hanafi. hormat la dia sbg guru. ni tah apa2 pakai nama beliau utk kepentingan sendiri.. malu la skit

Anonymous said...

saper la bodoh sgt wat blog nih..gile kamaruk nak jd guru ke ...siap guna nama arwah ustaz lg..memang kuang hajar betul...org da meninggal mane boleh kembali siap wat blog nih lg..ape ke bodoh sgt...bebal betul...memang x pegi sekolah punya org...hormat la skit kat org yg dah tiada...jgn guna nama dier utk kepentingan peribadi...

Anonymous said...

apa punya cerita daaa....

ini kot yg dikatakan GURU PERSALINAN????

Anonymous said...

saya berasa sungguh kasihan kepada penulis blog ini. semoga Allah jua yang akan memberi petunjuk kepadanya.

Anonymous said...

kurang hajor betul.. penulis blog ni

Anonymous said...

semoga Allah mengampuni dosa org yg menulis blog nih...dosa dengan org yg hidup boleh dicari untuk minta maaf, tp dosa ngan org yg dah tiada...? hurmm..hanya Allah saja yang mengetahui-Nya

Anonymous said...

Memalukan! Sungguh memalukan. Tindakan saudara menulis blog ini memalukan guru sdr Abang Mad yang dikasihi. Saya yakin abang Mad tidak lah sampai sebodoh ini untuk menyuruh anak-anak muridnya memperalatkan nama manusia yang sudah pergi mengadap Ilahi sehingga ke tahap ini. Apakah ada dalil bahawa manusia yang hidup di dunia ini mampu menjadi jurubicara bagi manusia yang sudah mati? Kemukakan nas yang sah dari Al-Quran dan al-hadis walaupun satu ayat. Apakah ada dalil yang mengatakan bahawa orang yang sudah mati boleh menulis blog? Mari kita kaji sirah para nabi dan aulia tentang "fenomena luar biasa" yang seberlaku ini.

Apa dosa Ustaz Hanafi sehingga begini jadinya? Ya Allah, jika Ustaz Hanafi melakukan dosa sehingga 20 tahun selepas pemergiannya, telah terpalit arang pada namanya, ampuni lah dia ya Allah.

Blog ini membuktikan kebodohan ahli-ahli Silat Cekak hanafi dalam menyelesaikan masalah. Ini tentu sekali bukan "feel" abang Mad yang terkenal dengan sikap "cool" dan "bijaksana"nya itu. Ini lebih kepada sentimen yang tidak terkawal. Jelas bahawa ada di kalangan kita ahli silat cekak sudah benar-benar hilang petimbangan. Sejak krisis tercetus tahun lalu, ahli-ahli bertaburan membawa haluan masing-masing. Ramai yang keliru, buntu, celaru, bisu, terharu. Dalam kecelaruan itu lah lahirnya blog2 yg anda semua sedang membacanya sekarang. Ayuh buka lah mata kalian. Lihat lah di luar sana seluruh komuniti silat tanahair sedang mentertawakan kita. Adakah kita mahu terus ditertawakan dengan wujudnya blog ini?

Tepuk dada tanya iman.

Aku Ahli Silat Cekak said...

Selamat datang kepada blogger baru Hanafi Haji Ahmad (nama betul ke ni?). Percakaran antara dua kem belum reda nampaknya. Di saat blogger2 season dlm CH sudah semakin 'suam-suam kuku', blogger baru terus muncul seorang demi seorang.

Sila lawati blog http://www.ahli-silat-cekak.blogspot.com

Anonymous said...

Wow! Tidak terfikir pula ustaz Hanafi boleh muncul kembali? Adakah ini mukjizat yang sama seperti nabi Isa A.S.? Atau seperti imam ke-12 mazhab Syiah yang ghaib dan akan muncul semula sebagai imam al-Mahdi (mengikut kepercayaan Syiah) di akhir zaman nanti?

Satu lagi, maafkan aku kalau aku tersilap dengar. Begini lah lebih kurang yang aku dapat tahu dari bisik-bisik dan kias mengias antara sebilangan ahli tertentu : kononnya akan datang nanti, ahli-ahli silat cekak Hanafi lah yang akan membela Islam kerana dalam persatuan ini nanti akan ada pemimpin yang memimpin satu ketumbukan tentera untuk memerangi musuh-musuh dari puak kafir laknatullah. Adakah ini tanda-tanda awalnya? Wow! Takjubnya aku...kagum al wagum!

Anonymous said...

Allah anta rasa terkejut pulak; ustaz yg dah lama pegi KEMBALI SEMULA!!!!!!! dan leh bina blog baru rasa tak sabar anta nak jumpe beliau.kalau ustaz buat blog ni cukup bagus; boleh anta dengar dia punya hujah2 mengenai masalah sekarang.

kepada yang buat blog mengarut ni sedar lah korang pun akan mati mcm mane nak mintak maaf ngan ustaz.buat2 lah bertobat. korang buat mcm ni seolah2 mcm Allah tak nampak.tulah kecik2 mak bapak suruh belajar tinggi bab ilmu agama harap sekolah je yang tinggi akai pendek.

sungguh kesian mat radhi dapat anak murid mcm korang nak mcm mane GURU pun sama akai pendek tapi putaq alam no.1.
kesian2

YA ALLAH KAU AMPUNKAN DOSA HAMBA2 MU INI. JADI KAN HAMBA2 MU INI SEBENAR MUKMIN BUKAN HANYA SEOARNG YANG MUSLIM. KAU JADIKAN HAMBA MI INI SEBENAR PENGIKUT KEKASIHMU RASULLAH S.W.A DAN SEBENAR HAMBA MU. KAU BERIKAN PETUNJUK KEPADA HAMBA2 MU INI SUAPAYA TIDAK SESAT LAGI MENYESATKAN.

Anonymous said...

Awat la hang loghat sangat... kalau dah desperate sangat nak meraih simpati orang, jangan la sampai guna nama ustaz hanafi cik ooiii...
awat.. hang ingat kalau hang guna nama ustaz hanafi, orang lain teketaq-ketaq takut ka...

kot nanti.. ustaz hanafi mai kat hang kalu.. hang yang lari lintang pukang tak cukup tanah kot...

keling betoi la hang ni...

Anonymous said...

Tertanya – tanya di dalam hati…apa yg korang dpt sepanjang berada di dlm SC? Sekadar ilmu bersilat shj atau kupasan isi yg ustaz nak bawa? Pernah tak berjumpa dgn orang yg tak habis belajar silat atau tak pernah belajat SC tp nampak, faham dan dapat mengaplikasikan apa yg ustaz nak bawa melalui SC dalam kehidupannya?

Agaknya boleh tak ustaz bawa fahaman dan ajaran beliau bukan melalui jalan silat? Mana2 jalan pun boleh bukan? Saya rasa pasti boleh tp ustaz pilih juga jalan silat.

Apa yg korang dapat apabila bersama GU? Sekadar pada nama bersama shj atau mmg ilmu yg dicari. Bagaimana pula mereka yg duduk berjauhan dgn GU? Yg mana hanya berjumpa bila tiba majlis ijazah shj. Itupun mungkin 2-3 bulan sekali. Apa yg dapat? Nak tunggu 2-3 bulan baru dpt ilmu dr GU?

Anonymous said...

btul la sedara..jgn la gune cara cmni..x baik la..ish...xsgka plak ad gak yg mcm ni..ni bukan nk tlg selesaikan masalah..wat tambah point puak belah sane adelah...ubah la ek blog tu..delete trus pn xpe..nk wat,wat leklok..jgn gune cara cmni..

Anonymous said...

saya sempat mendapatkan pandangan seorang daripada 'konspirator' atasan di sebelah puak MMK yang berjaya menggulingkan abang mad. Apa reaksinya? Ah, begitu cool dan bersahaja sekali. Kehadiran blog ini sedikit pun tidak menjadi kudis padanya. Memang, kehadiran blog ini memberi 'kelebihan' kepada MMK. Apa sahaja yang menyerlahkan kebodohan kem abang mad, adalah markah bonus buat kem MMK.

Anonymous said...

nape korg suma sibuk2 sgt pnulis ni arwah ustaz @ tak? hgpa ada akal guna la. pikir sendiri. sape penulis xpenting yang penting apa yang nak disampaikan...
atau puak penentang takut dgn kata2 Arwah Ustaz? maklumlah nak ikut kata MJ

Anonymous said...

Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.

Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.

Jawapan

Puan,

Menjawab soalan pertama, di sini ada dua episod daripada soalan ini, pertamanya, mendatangi isteri setelah suaminya meninggal iaitu 'tidur bersama', mungkin berlaku sebagai suatu mimpi indah atau keduanya, benar-benar berlaku dalam keadaan sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya yang terdahulu.

Kalau berlaku itu atas nama mimpi, memanglah ia sesuatu yang mungkin, lebih-lebih lagi berlaku kepada isteri yang amat menyayangi suaminya yang telah pergi menemui Allah lebih dahulu daripadanya.

Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa' - alamul khulud - yang bermula daripada kubur.

Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),"Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia."

Adapun yang berlaku setelah yang didakwa oleh banyak orang, khasnya kepada saya, puan mesti yakin bahawa itu bukanlah suami yang sebenar.

Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51; yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen.

Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.

Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Oleh sebab itu puan tidak seharusnya mempercayai bahawa 'dia' adalah suami puan, kerana suami puan yang sebenarnya telah kembali ke rahmatullah.

Mengenai soalan kedua, orang yang telah meninggal dunia, ruhnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.

Maka orang yang telah kembali kerahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42; yang bermaksud, "Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia."

Ayat al-Quran lain ada menyebut,"Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat."

Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).

Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.

Kepada soalan ketiga, pada saya orang yang telah meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Peninggalannya adalah peninggalan yang terakhir, sebab itu ia disebut kembali ke rahmatullah. Sama ada dia (si mati) berada dalam keadaan penuh dengan nikmat alam Barzakh yang bermula dari alam kubur, atau bermula dengan seksa kubur seperti yang sabit dalam nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang wajib diimani adanya azab kubur.

Dalam kedua-dua keadaan ini, si mati sudah tidak mungkin akan kembali ke dunia ini kerana dia berada dalam alam Barzakh.

Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan ruh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.

Daripada pengalaman saya, ada juga yang medakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kununnya diambil daripada orang yang telah mati.

Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam.

Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan ruh, dalam istilah Arabnya disebut
tanasuthil arwah - reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.

Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia. Waallahu'alam.
http://www.darussyifa.org

suwabara said...

heheheh... ada jugak orang yang ambil literal blog nih yek...

Anonymous said...

assalamualaikum....
siapa la makhluk ciptaan ALLAH yg buat blog ni..
dah jd mcm cite 'ROH PERSALINAN' pak ak dulu..
buat penulis blog ni..apa yg anda buat sekarang ini menyalahi akidah ahli sunnah wal-jamaah..
secara tak langsung apa yg anda buat bley membawa kepada keMURTADan diri anda sendiri..

Murtad khafi..maksudnya murtad yg tidak disebut secara jelas @ tanpa niat @ berlaku secara tidak langsung dan tersembunyi.

sebagai contoh seseorg telah sakit, berada di wad selama beberapa minggu..kemudian apabila sihat dia berkata "kalau tidak kerana semangat aku ni kuat, dah lama aku mati"
ini merupakan contoh syirik/murtad khafi..

bertaubatlah saudara..

"terimalah kebenaran sekalipun ia dtg dari seorg musuh.
dan tolaklah kebatilan sekalipun ia dtg dari org yang paling kita sayang.."

hikmah_muslim

-untuk kefahaman yg lebih jelas sila rujuk kepada mana2 mufti..

Anonymous said...

Mana lebih penting..
antara nak mempertahankan salasilah perguruan..atau mempertahankan kebenaran demi ALLAH S.W.T dan akidah ahli sunnah wal-jamaah?!

hikmah_muslim