Saturday, May 5, 2007

Hak & Hulk

Bila ana melihat BIG BODY GUY yang telah MENGUNGKIT tentang jasa dan pengorbanan (khasnya wang ringgit) untuk perjuangan Silat Cekak ana, inilah satu lagi BUKTI yang sangat JELAS tentang HATI yang KOTOR dan TIDAK IKHLAS.

Perkara ini diperbesarkan hanyalah bertujuan untuk membentuk minda (mind set) ahli mengatakan bahawa anakanda ana seorang yang tidak baik. Itulah tujuannya! Cubaan menjatuhkan imej anakanda ana. Cubaan untuk mengajak ahli-ahli lain bersetuju dengan pendangan mereka. Cubaan meramaikan lagi golongan mengungkit, golongan tidak ikhlas dan menambahkan lagi golongan munafik!

Jika benarpun anakanda ana membayar sebanyak RM20,000.00, adakah anakanda ana mencuri duit kamu! Adakah anakanda ana memaksa kamu membayar untuk beliau? Anakanda ana menggunakan hasilnya sendiri. Menggunakan HAKnya sendiri. Anakanda ana tidak pernah merampas HAK kamu!

Apa yang berlaku sekarang, kamu telah MENCURI HAK anakanda ana yang berhak sebagai Guru Silat Cekak! Kamu juga telah MENCURI HAK bakal Guru selepas anakanda ana! Kamu telah MENCURI dua HAK sekaligus! Kamu telah MENIPU orang lain! Benarlah pantun melayu; Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri.

Inilah BUKTI yang sangat jelas tentang HATI yang KOTOR. HATI yang TIDAK IKHLAS. MENGUNKIT pengorbanan kamu untuk Silat Cekak. Memperlecehkan pengorbanan orang lain. Kenapa tidak kamu pertikaikan seorang JK Tertinggi yang telah menjual tanahnya sebanyak RM500,000.00 dan membina sebuah banglo yang besar? Membeli perabot daripada Vietnam dengan harga belasan ribu? Kenapa tidak pertikaikan seorang JK Tertinggi yang mempunyai simpanan melebihi RM200,000.00 di Bank Rakyat? Kenapa tidak pertikaikan beberapa orang JK Tertinggi yang menggunakan persatuan untuk TILAM AJAIB yang telah mengaut puluhan ribu malahan ratusan ribu ringgit? Berapa yang persatuan dapat? Kenapa tak dedahkan, jika untuk kebenaran!

Ana tidak akan bongkarkan semua perkara ini kerana ana tahu ini adalah HAK mereka. HULK pun tahu HAK orang tak boleh diCURI, maka HULK hanya membantu orang dengan IKHLAS tanpa MENCURI HAK orang lain. HULK menentang orang yang MENCURI HAK orang lain. Walaupun HULK berbadan hijau, tetapi HATInya BERSIH. Walaupun kamu berbadan PUTIH tetapi HATI kamu HITAM dan KOTOR!

Sangat jelas bahawa kamu ini golongan MUNAFIK. Kamu PENIPU, MENGAIBKAN ORANG, MENGUNGKIT dan MENYERU KEMUNGKARAN. Ini ingatan ana untuk kamu, daripada kekasih ana Saidina Abu Bakar As Siddiq RA bahawa kekasih ana Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Tiga golongan tidak masuk syurga iaitu golongan PENIPU, golongan bakhil dan golongan yang suka MENGUNGKIT (pemberiannya)".

Tidak masuk syurga, maka NERAKA jawabnya! Duduk kat TITIAN SIRAH tidak dibenarkan sebab akan menggalakkan budaya LEPAK! Kalau LEPAK di TITIAN SIRAH dibenarkan, ana lebih rela menjadi BUDAK LEPAK daripada kamu, BUDAK NERAKA!


Ana hanya mengingatkan kamu tentang peringatan daripada para kekasih ana. Kalau kamu yakin pada para kekasih ana, maka berimanlah. Kalau kamu tidak yakin pada para kekasih ana, ikutlah HULK, tetapi kalau kamu tidak yakin pada kedua-duanya, ana peduli apa sebab "Hangpa Tak Untung, Aku Tak Rugi".

Thursday, May 3, 2007

Syukran Wal Syukran

Sekali lagi ana ucapkan SYUKRAN kepada pelbagai komen yang ditujukan pada ana. Ana sangat hargai pandangan dan ingatan semua pada ana, dan ana akan menjawab beberapa kekeliruan kamu yang mengomen ana.

Ada yang berkata, mana yang lebih penting antara salasilah perguruan berbanding kebenaran Allah dan ahli sunnah wal jamaah. Jawaban ana; ketiga-tiga ini sama pentingnya. Adakah dengan MENIPU salasilah ini dikatakan BENAR? MENIPU tetap MENIPU! MENIPU tetap MUNAFIK! Adakah dengan meletakkan KEBENARAN salasilah perguruan itu menyanggah kebenaran ALLAH dan RASUL? Adakah menegakkan KEBENARAN salasilah perguruan itu menentang ahli sunnah wal jamaah?

Ada yang berkata SABAR dan Allah sentiasa bersama orang yang benar. Ana bersetuju sangat dengan pernyataan ini, tetapi orang ini tidak cukup 'rencah' dalam pemahaman! Adakah cukup hanya memeluk tubuh dan berkata SABAR kerana Allah sentiasa bersama orang yang benar. Kemana perginya 'rencah' USAHA dalam menegakkan kebenaran? Adakah kamu faham bahawa ibubapa kamu tidak perlu bersetubuh untuk mendapatkan kamu? Dah tentu jawabannya TIDAK! Ibubapa kamu wajib bersetubuh sebagai usaha untuk kamu melihat dunia! Untuk kamu membela agama! Untuk kamu membela kebenaran! Bukannya menegakkan KEBATILAN!

Ada yang berkata kata-kata ana dalam blog ini kasar. Ana pun tak tahu yang mana dikatakan kasar. Adakah pernyataan ana yang bersumberkan hadis dan furqan itu dikatakan kasar dan biadap? Adakah kata-kata ana MATI DIDALAM JAMBAN ini dikatakan kasar? Kalau kata-kata ini kasar, maka ana akan lembutkan dengan perkataan MENINGGAL DIDALAM TANDAS! Atau DIE IN THE TOILET! Dah cukup lembut ke?

Apapun ana berterima kasih kerana mengingatkan ana, kerana ana manusia biasa yang tidak MAKSUM. Walaupun ana tidak maksum tetapi "Hangpa Tak Untung, Aku Tak Rugi".

Guru Silat Cekak

Ana perhatikan dalam blog BIG BODY GUY telah menipu dan cuba menyesongkan pemahaman umum tentang salasilah Guru Silat Cekak. BIG BODY GUY mengatakan bahawa Pak Ya telah menyerahkan mandat sebagai Guru Silat Cekak kepada beberapa orang selain daripada ana. Satu pemahaman yang DANGKAL dan KURANG CERDIK.

Guru Silat Cekak ini menurut sejarah hanyalah SEORANG GURU dalam SATU MASA. Bila munculnya dua orang, maka salah seorangnya adalah PENIPU. Ketika Pak Ya menyerahkan mandat sebagai Guru Silat Cekak kepada ana, maka ana merupakan Guru Silat Cekak dan Pak Ya merupakan BEKAS guru. Apabila muncul sesorang yang mendakwa mendapat mandat daripada Pak Ya, maka orang itu jelas telah berbohong kerana mandat tersebut telah diserahkan terlebih dahulu kepada ana. Inilah yang dinamakan 'kulit'. Ana seterusnya meneruskan Silat Cekak ini bersama 'isi' yang ana perolehi daripada Pak Haji Zain.

Sebelum ana meninggal dunia, ana telah menyerahkan mandat 'isi' iaitu pengisian TAUHID ana kepada anakanda ana iaitu Md.Radzi pada 29hb Ogos 1981. Mandat sebagai Guru Silat Cekak tidak ana serahkan kepada Md.Radzi pada ketika itu.

Mandat sebagai Guru Silat Cekak hanya ana serahkan pada Pak Ak pada bulan Januari 1986 sebelum ana meninggal dunia pada 13hb Ogos 1986. Ana tidak pernah menyerahkan mandat 'isi' kepada Pak Ak. Dan pada 19hb Mei 1993, ana telah menyaksikan bahawa Pak Ak telah menyerahkan mandat sebagai Guru Silat Cekak (Mandat Kulit) kepada anakanda ana Md.Radzi pada jam 1.00tgh dibilik ana sendiri. Ana dengan keras menyanggah pernyataan bahawa anakanda ana menerajui Silat Cekak ini tanpa 'isi'.

Dengan penjelasan ana ini, jelaslah bahawa Pak Ak adalah Guru Silat Cekak yang sah dan mempunyai 'kulit' sahaja, anakanda ana adalah Guru Silat Cekak yang sah dan mempunyai mandat 'isi' dan 'kulit', dan Ustaz Marwi adalah Guru Silat Cekak yang BATIL dan tidak mempunyai sebarang mandat. Tidak ada 'kulit' mahupun 'isi'.

'Kulit' tanpa 'isi' adalah kosong. 'Isi' tanpa 'kulit' adalah busuk. Tiada 'kulit' dan tiada 'isi' adalah pembohong. Pembohong adalah munafik dan munafik adalah neraka jahanam, dan "Hangpa Tak Untung, Aku Tak Rugi".

Wednesday, May 2, 2007

Penulisan Songsang

Ana sangat bersetuju dengan penulisan BIG BODY GUY bertarikh 30hb April 2007, tentang penulisan songsang. Tafsiran 'songsang' ini kalau kamu rujuk mana-mana kamus dalam dunia ini pasti akan bermakna 'terbalik' / 'pelik' / 'karut' dan pelbagai erti lain lagi. Ini bermakna, penulisan 'songsang' atau penulisan 'karut' perlulah dijauhi. Penulisan 'karut' ini berupa sebuah penulisan yang berunsur 'fitnah' dan mengaibkan, maka kesimpulannya penulisan pada blog PAK KADUK mahupun BIG BODY GUY wajib dijauhi kerana ianya 'karut'. Adakah ianya penulisan ilmiah apabila membuat pelbagai 'fitnah' mengaibkan tanpa sebarang bukti. Jauhi! Jauhi! Jauhi!

Ana juga tergelak besar bila membaca penulisan BIG BODY GUY yang sangat DANGKAL atau KURANG CERDIK pemikirannya apabila ungkapan berkenaan Ustaz Marwi telah berjaya menjalankan majlis ijazah asas, potong dan tamat, maka daripada kejadian ini BIG BODY GUY membuat kesimpulan untuk meneruskan agenda tanpa was-was.

Inilah bukti betapa DANGKAL dan KURANG CERDIKnya pemikiran BIG BODY GUY. Cuba fikirkan adakah seorang NABI PALSU mendakwa beliau seorang nabi selepas Rasulullah dan tidak terjadi bala pada NABI PALSU tersebut, maka kamu membuat kesimpulan mengikut NABI PALSU tersebut? Dah tentu tidak! Tetapi dengan cara pemikiran begini, ana yakin jika BIG BODY GUY berada ketika wujudnya NABI PALSU tersebut, pasti BIG BODY GUY menjadi penulis blog untuk NABI PALSU itu. Mungkin blog tersebut dinamai sebagai BIG BODOH GUY. Nama yang serasi dan sesuai!

Ana sekali lagi bersetuju dengan BIG BODY GUY bahawa kita boleh menilai sikap dan sifat penulis blog tersebut. Kita boleh menilai bahawa penulis blog BIG BODY GUY ini tentulah seorang yang KURANG CERDIK dan ANGKUH. Tentu orangnya mempunyai hidung yang mancung dan bongkok serta pipi yang tersorong-sorong!

Ana kesekian kali bersetuju dengan BIG BODY GUY bahawa kita perlu mempastikan niat sebenar penulis blog. Kalau kita lihat pada niat penulis blog PAK KADUK dan BIG BODY GUY, jelas untuk memalukan zuriat dan keluarga ana! Jelas telah mencaci dan menghina zuriat dan keluarga ana! Jelas juga meruntuhkan maruah ana sendiri!

Ana menyeru kepada semua, bersamalah kita memberikan kesedaran dan keinsafan kepada BIG BODY GUY dan PAK KADUK tentang fitnah-fitnah yang telah dilemparkan. Sedarkan mereka tentang DOSA mengaibkan orang, kerana ana khuatir mereka akan MATI DIDALAM JAMBAN. Ana hanya memberikan ingatan kepada semua sebab "Hangpa Tak Untung, Aku Tak Rugi"