Friday, April 27, 2007

Pantang Larang

Wallahi, Wabillahi, aku tidak akan mencaci silat melayu asli yang lain. Kenapa ana letakkan lafaz pantang larang ini? Adakah untuk suka-suka, adakah untuk membodek silat-silat lain? Kata-kata ini untuk ana membentuk peribadi kamu. Untuk menjadikan lidah kamu lidah yang terpelihara. Lidah orang beriman. Lidah orang mukmin. Hadis Nabi; "Orang yang beriman itu bukanlah pencaci, bukan pengutuk, bukan kasar dan bukan pencarut"

Lihatlah dengan mata kamu! Dengarlah dengan telinga kamu! Nanti! Jangan percaya dulu! Siasat dan fikirlah guna AKAL yang WARAS! Mengapa mudah percaya pada kata-kata fitnah? Mengapa mudah percaya pada tuduhan tanpa bukti? Mengapa mudah percaya pada orang-orang fasik?

Lihatlah kata cacian dan fitnah diblogspot PAK-KADUK & BIG BODY GUY. Kata cacian, nista dan fitnah terhadap zuriat ana sendiri. Adakah ini lidah kebenaran? Adakah ini lidah mukmin? Jawabannya dah tentu TIDAK! Inilah lidah-lidah fasik. Inilah lidah-lidah yang akan dipotong dihari akhirat. Inilah lidah-lidah yang diperlihatkan pada Israk dan Mikraj.

Lidah ana untuk ingatan buat semua.
Walau apapun pendirian kamu, ana peduli apa, sebab "Hangpa Tak Untung, Aku Tak Rugi".

8 comments:

Anonymous said...

Satu penghinaan - janganlah cuba menyamar sebagai Almarhum. Beliau sudah tiada. Jadilah diri anda sendiri. Belajar silat Cekak tidak boleh jadi penakut!

Anonymous said...

ini lah tanda - tanda hari nak qiamat. aku rasa kesian pulak ngan mereka yang membina blog ini.
kau orng hanya pandai berkata - kata tapi tak satu pun perkara yang kau orang sebutkan di buat. Itu nama nya orang - orang yang cakap tak serupa bikin.

kau orang kata dengar dengan telinga,lihat dengan mata dan gunakan akal fikiran yang waras bila buat keeputusan. ADAKAN KAMU SEKALIAN MELAKUKAN. Dalam hal ini aku lihat ramai yang buat keputusan nagn hawa nafsu bukan akal fikiran.

Ingat tidak ada lagi orang macam ustaz dalam silat ini. Dan perlu di inagat iman seorang ayah tak boleh di warisi oleh anak mahupun cucu.

Sejarah telah membuktikan bahawa iman tak boleh dituruni atai diwarisi oleh anak. Kisah nabi Nuh isteri dan anak telah sesat keran ingkar dengan suruhaNya. Ini telah jelas lagi sahih bahawa seseorang itu jangan nak perasan atau bangga diri atau hebat jika ayahnya seorang yang sidiq lagi mursyid.

Aku teringat satu pesanan dari seong penyelia "kalau kita jumpa org yang mengata kan dirinya hebat setanding dgn wali sebenarnya dia lebih hina dari binatang." dan satu lagi kata nya setiap manusia tetap melakukan dosa tidak kira siapa diri kita walaupun dia kerana Allah dah berpesan sebaik - baik manusia hanya Rasulluallah dan para nabi.Walau pun wali sekali puh dia tetap diuji oleh jika gagal wali itu tetap melaku kan dosa.

p/s kesian Mat Radhi dapat anak murid mcm kau org. Tu lah Mat disruh mengaji ilmu agama kat Johor kau cari ilmu yann mengarut lagi tidak senonoh.

Anonymous said...

ala.. korang pun apa kurangnya... cuba ko tanya diri korang sendiri berapa ramai geng belah sana yang pernah dengar cerita pencabulan dari mulut mangsa sediri? bukannya dari kenyataan bersumpah ye... dari mulut hashimah sendiri?

aku boleh jamin tak sampai 10 orang yang mendengar sendiri penjelasan dari hashimah tentang apa yang berlaku.

entah - entah bapak dia dan pak cik dia sendiri pun tak mendengar dari mulut dia.

so, tak payah la korang nak bangga dengan "kau orang kata dengar dengan telinga,lihat dengan mata dan gunakan akal fikiran yang waras bila buat keeputusan." sebab korang pun bukannya ada menggunakan akal yang waras untuk menilai semua nih.

berlainan pula dengan Tuan Guru Md Radhi, kita boleh sendiri pergi bertanya dia untuk menuntut kepastian tentang apa yang berlaku. hingga hari ini kita masih lagi boleh bertemu dengannya unuk bertanya.

hashimah mana? ilang ke shah alam lagi ada la..

yang anonymous kat atas tu, ko pun apa kurang... jgn sebok nak kata orang penakut.. hang pun letak anonymous bila buat komen... gajah tepi mata tak nampak.. kuman seberang laut boleh pulak nampak.

macam nih la puak belah sana salah orang semua nampak.. nak cari keburukkan orang memang nombor satu. tapi diri sendiri serba serbi kurang

Anonymous said...

buat blogger, bang mat dan pengikut2 bang mat, kasihan, kasihan, kasihan.... ini saja yang mampu diucapkan.

Anonymous said...

orang alim selalunya jarang marah-marah. tapi blog ini sama saja dengan blog-blog geng bekas GU yang lain. marah-marah, sakit hati, mengeluarkan kata amaran, keras2 bunyinya. kenapa jadi macam ni pulak sedangkan Allah sentiasa bersama orang yang benar?

Anonymous said...

hemmmm....begini lah jadinya bila org dah mula tenggelam punca dan hilang arah...

Anonymous said...

weh..bgus gak dia wat blogger ni..nk ingatkan korg tntg psanan almarhum..bukan dia nk jd almarhum..tp pk la ap yg dia nk sampaikan..

daripada puak belah sana tu,wat blogger xleh nk komen.apsal???!!takut kami yg tau kbenaran ni counter balik ayt2 tipu korg tu??

dlm SB br ni pun,bile d tny psl mandat siap leh tny "ap tu mandat"?? wah..dh buta hati tol..pstu yg jwb sape?? SUA!! asal bkn jo yg jwb??sbb dia dh sain kontrak xle mlwn MMK? klu jo tu lwn MMK nti korg nk wat sape lak kne cabul?! oo..marwi tu dh tua,jd mebi nti korg ckp mak korg yg kne cabul kot? hahahaha..korg ni..mrosakkan prjuangan almarhum tul la!!!

suwabara said...

nampaknya geng belah sana macam ilang punca nak menjawab suara hanafi...