Friday, April 27, 2007

Syukran

Syukran ana ucapkan kepada mereka yang memberikan komen kerana kemunculan ana. Ana tahu ada yang ketawa, ada yang marah dan ada juga yang takut. Ana gelak besar baca komen-komen kamu. Kenapa! Tak percaya ke? Inilah dia pemikiran kamu. Sebab itulah kamu mudah ditipu oleh golongan 'munafik' dalam perjuangan ana.

Pada kamu ana telah mati. Ingat! Ana hanya berpindah ke Alam Barzakh. Bukannya mati! Mungkin kamu katakan ana hidup dalam hati kamu. Kalau benar ana dalam hati kamu, ke mana didikkan dan kefahaman ana dalam diri kamu? Dengan izin Allah, ana nampak satu persatu manusia 'munafik' dalam meneruskan perjuangan ana.

Yang terpenting, baca dan fikir apa yang ana katakan dan terus katakan. Adakah ana bukan Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad? Kalau kamu yakin kata-kata ana adalah Ustaz Hanafi, maka terimalah. Kalau kamu tidak yakin ana Ustaz Hanafi, ikutlah Ustaz Marwi, sebab "Hangpa Tak Untung, Aku Tak Rugi".

1 comment:

Aku Ahli Silat Cekak said...

Ustaz hanafi tidak pernah mati. Dia sentiasa hidup, tetapi hanya hidup di dalam hati kita semua.