Friday, April 27, 2007

Pantang Larang

Wallahi, Wabillahi, aku tidak akan mencaci silat melayu asli yang lain. Kenapa ana letakkan lafaz pantang larang ini? Adakah untuk suka-suka, adakah untuk membodek silat-silat lain? Kata-kata ini untuk ana membentuk peribadi kamu. Untuk menjadikan lidah kamu lidah yang terpelihara. Lidah orang beriman. Lidah orang mukmin. Hadis Nabi; "Orang yang beriman itu bukanlah pencaci, bukan pengutuk, bukan kasar dan bukan pencarut"

Lihatlah dengan mata kamu! Dengarlah dengan telinga kamu! Nanti! Jangan percaya dulu! Siasat dan fikirlah guna AKAL yang WARAS! Mengapa mudah percaya pada kata-kata fitnah? Mengapa mudah percaya pada tuduhan tanpa bukti? Mengapa mudah percaya pada orang-orang fasik?

Lihatlah kata cacian dan fitnah diblogspot PAK-KADUK & BIG BODY GUY. Kata cacian, nista dan fitnah terhadap zuriat ana sendiri. Adakah ini lidah kebenaran? Adakah ini lidah mukmin? Jawabannya dah tentu TIDAK! Inilah lidah-lidah fasik. Inilah lidah-lidah yang akan dipotong dihari akhirat. Inilah lidah-lidah yang diperlihatkan pada Israk dan Mikraj.

Lidah ana untuk ingatan buat semua.
Walau apapun pendirian kamu, ana peduli apa, sebab "Hangpa Tak Untung, Aku Tak Rugi".

Munafik

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dari Nabi Muhammad s.a.w apabila baginda ditanya tentang ciri-ciri manusia munafik; "Jika berbicara dia berdusta, jika berjanji dia ingkar dan jika dipercayai dia khianat". Kerana inilah ana mengatakan wujud golongan 'munafik' dalam meneruskan perjuangan ana.

Dulu berkata benar, sekarang berbohong. Dulu berjanji lain, sekarang memungkiri. Dulu taatkan ana, sekarang mengkhianati. Fikirkanlah penerus perjuangan ana. Adakah kamu dipihak yang benar? Adakah kamu bersama golongan 'munafik' atau kamu bersama menegak kebenaran? Apapun pilihan kamu, ana tak kisah pun sebab "Hangpa Tak Untung, Aku Tak Rugi".

Syukran

Syukran ana ucapkan kepada mereka yang memberikan komen kerana kemunculan ana. Ana tahu ada yang ketawa, ada yang marah dan ada juga yang takut. Ana gelak besar baca komen-komen kamu. Kenapa! Tak percaya ke? Inilah dia pemikiran kamu. Sebab itulah kamu mudah ditipu oleh golongan 'munafik' dalam perjuangan ana.

Pada kamu ana telah mati. Ingat! Ana hanya berpindah ke Alam Barzakh. Bukannya mati! Mungkin kamu katakan ana hidup dalam hati kamu. Kalau benar ana dalam hati kamu, ke mana didikkan dan kefahaman ana dalam diri kamu? Dengan izin Allah, ana nampak satu persatu manusia 'munafik' dalam meneruskan perjuangan ana.

Yang terpenting, baca dan fikir apa yang ana katakan dan terus katakan. Adakah ana bukan Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad? Kalau kamu yakin kata-kata ana adalah Ustaz Hanafi, maka terimalah. Kalau kamu tidak yakin ana Ustaz Hanafi, ikutlah Ustaz Marwi, sebab "Hangpa Tak Untung, Aku Tak Rugi".

Tuesday, April 24, 2007

Mandat Guru

Dah terlalu lama ana perhatikan gerak-geri mereka yang mengaku kononnya sebagai murid ana. Tidak! Ahli-ahli MMT yang telah melantik Marwi Latiff sebagai Guru Silat Cekak sangat jelas meruntuhkan perjuangan yang ana telah landaskan. Pada ana mereka ini adalah 'Pengkhianat' kepada perjuangan ana.

Guru Silat Cekak ini perlu mempunyai mandat yang jelas dan perjanjian diantara Guru Semasa dengan Bakal Guru. Penyerahan mandat ini hendaklah berlaku dengan pertemuan 4 biji mata dan Allah yang menjadi saksi penyerahan tersebut. Ketika mandat ini hendak diserahkan kepada ana oleh Pak Ya Said, Pak Ya cakap bahawa Tok Rashid pesan, beliau hendaklah menyerahkan kembali Silat Cekak ini kepada anak cucunya daripada Kedah.

Menurut Pak Ya, penyerahan mandat antara beliau dengan Tok Rashid berlaku 4 biji mata dan beliau adalah pemegang amanah dan perjanjian beliau dengan Tok Rashid ialah beliau hendaklah menyerahkan semula mandat tersebut kepada orang Kedah yang berhak (iaitu ana). Perjanjian Pak Ya dengan ana ialah mulai saat itu, beliau tidak boleh mengambil anak murid ana dan ana tidak boleh mengambil anak murid Pak Ya.


Ana terus mengembangkan Silat Cekak ini berlandaskan Tauhid. Sebelum ana meninggal dunia, ana telah menyerahkan mandat sebagai Guru Silat Cekak kepada Pak Ak (Ishak Itam). Penyerahan ini berlaku secara 4 biji mata dan perjanjian ana dengan Pak Ak ialah beliau sebagai pemangku sementara menunggu anak ana (Md.Radzi) cukup umur (sampai masa). Dan penyerahan mandat Guru Silat Cekak telah diserahkan oleh Pak Ak kepada anak ana Md.Radzi mengikut tatatertib penyerahan yang sah, jelas dan telus.

Bermula daripada zaman Panglima Ismail sehinggalah ke zaman Pak Ya Said, ana tak pernah tahu malah tidak pernah diberitahu bahawa Guru Silat Cekak ini dilantik atau ditentukan oleh MMT. Sebenarnya, MMT ini cuma wujud untuk tujuan mengistiharkan Pak Ak sebagai Guru Silat Cekak selepas ana meninggal dunia. MMT tidak berhak menentukan Guru Silat Cekak.

Ana berpesan kepada mereka yang sayangkan perjuangan peninggalan ana, berpeganglah kepada sejarah salasilah perguruan Silat Cekak sebab mandat Guru ini sangat penting. Ana tahu golongan pengkhianat cuba menipu sejarah dan mengelirukan masyarakat untuk kepentingan peribadi.

Ana berpesan kepada semua, jangan menentang kebenaran, nanti akibatnya sangat buruk. Contohnya, suatu ketika dulu, bapa kepada murid ana benci mendengar ana bercerita tentang kebenaran dan agama. Akhirnya, bapa kepada murid ana tersebut, diakhir hayatnya telah mati didalam jamban. Kisah ini sangat jelas diketahui oleh Amruddin, Bai dan Tole.

Apapun, ana mengetahui segala perkara yang berlaku dalam Silat Cekak sekarang kerana ana boleh melihat kamu dan kamu tidak mampu melihat ana. Ana juga menegaskan kepada semua pengkhianat yang merosakkan perjuangan ana, ana tarik kembali segala ilmu yang telah ana perturunkan kepada kamu. Ana tidak mengiktiraf kamu semua sebagai murid ana... dunia mahupun akhirat.