Wednesday, May 2, 2007

Penulisan Songsang

Ana sangat bersetuju dengan penulisan BIG BODY GUY bertarikh 30hb April 2007, tentang penulisan songsang. Tafsiran 'songsang' ini kalau kamu rujuk mana-mana kamus dalam dunia ini pasti akan bermakna 'terbalik' / 'pelik' / 'karut' dan pelbagai erti lain lagi. Ini bermakna, penulisan 'songsang' atau penulisan 'karut' perlulah dijauhi. Penulisan 'karut' ini berupa sebuah penulisan yang berunsur 'fitnah' dan mengaibkan, maka kesimpulannya penulisan pada blog PAK KADUK mahupun BIG BODY GUY wajib dijauhi kerana ianya 'karut'. Adakah ianya penulisan ilmiah apabila membuat pelbagai 'fitnah' mengaibkan tanpa sebarang bukti. Jauhi! Jauhi! Jauhi!

Ana juga tergelak besar bila membaca penulisan BIG BODY GUY yang sangat DANGKAL atau KURANG CERDIK pemikirannya apabila ungkapan berkenaan Ustaz Marwi telah berjaya menjalankan majlis ijazah asas, potong dan tamat, maka daripada kejadian ini BIG BODY GUY membuat kesimpulan untuk meneruskan agenda tanpa was-was.

Inilah bukti betapa DANGKAL dan KURANG CERDIKnya pemikiran BIG BODY GUY. Cuba fikirkan adakah seorang NABI PALSU mendakwa beliau seorang nabi selepas Rasulullah dan tidak terjadi bala pada NABI PALSU tersebut, maka kamu membuat kesimpulan mengikut NABI PALSU tersebut? Dah tentu tidak! Tetapi dengan cara pemikiran begini, ana yakin jika BIG BODY GUY berada ketika wujudnya NABI PALSU tersebut, pasti BIG BODY GUY menjadi penulis blog untuk NABI PALSU itu. Mungkin blog tersebut dinamai sebagai BIG BODOH GUY. Nama yang serasi dan sesuai!

Ana sekali lagi bersetuju dengan BIG BODY GUY bahawa kita boleh menilai sikap dan sifat penulis blog tersebut. Kita boleh menilai bahawa penulis blog BIG BODY GUY ini tentulah seorang yang KURANG CERDIK dan ANGKUH. Tentu orangnya mempunyai hidung yang mancung dan bongkok serta pipi yang tersorong-sorong!

Ana kesekian kali bersetuju dengan BIG BODY GUY bahawa kita perlu mempastikan niat sebenar penulis blog. Kalau kita lihat pada niat penulis blog PAK KADUK dan BIG BODY GUY, jelas untuk memalukan zuriat dan keluarga ana! Jelas telah mencaci dan menghina zuriat dan keluarga ana! Jelas juga meruntuhkan maruah ana sendiri!

Ana menyeru kepada semua, bersamalah kita memberikan kesedaran dan keinsafan kepada BIG BODY GUY dan PAK KADUK tentang fitnah-fitnah yang telah dilemparkan. Sedarkan mereka tentang DOSA mengaibkan orang, kerana ana khuatir mereka akan MATI DIDALAM JAMBAN. Ana hanya memberikan ingatan kepada semua sebab "Hangpa Tak Untung, Aku Tak Rugi"

10 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum....
siapa la makhluk ciptaan ALLAH yg buat blog ni..
dah jd mcm cite 'ROH PERSALINAN' pak ak dulu..
buat penulis blog ni..apa yg anda buat sekarang ini menyalahi akidah ahli sunnah wal-jamaah..
secara tak langsung apa yg anda buat bley membawa kepada keMURTADan diri anda sendiri..

Murtad khafi..maksudnya murtad yg tidak disebut secara jelas @ tanpa niat @ berlaku secara tidak langsung dan tersembunyi.

sebagai contoh seseorg telah sakit, berada di wad selama beberapa minggu..kemudian apabila sihat dia berkata "kalau tidak kerana semangat aku ni kuat, dah lama aku mati"
ini merupakan contoh syirik/murtad khafi..

bertaubatlah saudara..

"terimalah kebenaran sekalipun ia dtg dari seorg musuh.
dan tolaklah kebatilan sekalipun ia dtg dari org yang paling kita sayang.."

hikmah_muslim

-untuk kefahaman yg lebih jelas sila rujuk kepada mana2 mufti..

...............
sekali lagi, sy ingin bertanya..
manakah yg lebih penting..
mempertahankan salasilah perguruan @ mempertahankan kebenaran demi ALLAH S.W.T dan akidah ahli sunnah wal-jamaah?!
...............
dari hikmah_muslim

Anonymous said...

assalammualaikun,salam sejahtera & halo org kat ats..

hamboi2..pndai gak mnaip ek??:) hurmm..meh sini nk sekolahkan ko jap..
1. g amek wudu',bukak al-quran,yg ade tafsir lg bgs,surah al-baqarah:191&217 "fitnah itu lbih dasyat dr membunuh"& "fitnah itu lbih besar dr membunuh" klu dh korg tu dok mmfitnah je..dok mkn hati sedare ko sndri..aku rs baek ko g bunuh je sesape,kurang ket dosa.opss..lupe lak,ko ngn "org2 lame" ko mn cy al-quran kalamullah dh..hehe..korg dok ikut hadith Ramlee SUA ngn kitab penyiasatan dalaman korg tuh!

2.jgn nk sesenag jari je nk jtuhkan hukum murtad kat org.blogger ni nk sampaikan kbenaran yg korg dok nafikan,cm gune nm almarhum je..konsepnya lbih kurg la mcm ko gn hadis2 nabi sbg panduan.KONSEPNYE JE,BUKAN SAMEKAN ALMARHUM DGN NABI.nk kne ckp trg2 kat ko ni.kang ko belit lak ayt aku.tula,kcik2 xblajo agame,beso2,xpcy quran..ish2...

3. mn lg pntg?prtahankan salahsilah@kbenaran demi allah??
ha..ko ni tny soklan smbil tgk cermin ye.agak2 ko,antra 2 tu,mn yg ko prtahankn? salahsilah ko dh buang dgn lantik org dikalangan korg yg xde mandat tu jd GU,kbenaran demi Allah korg tolak sbb org yg sumpah dgn kalam-Nya pn ko x caye..yg ko wt skrg ni,ko wat salahsilah baru,ko prtahankan kitab "penyiasatan dalaman" ko tu.

adoihai..tula,kck2 suruh g sekolah ko ponteng..beso jg stor ngaku askar,jd loyer pon smp kne tarik lesen sb dok mnipu je..tua2 kbuloq jd GU plak(ops..lupe lak "sy xprnh tringin jd guru" dh tu asal ko jd???!!!)..jgn la ckp paki akal je,tu dh mcm 'freethinker' dh tu..ap yg akal ngn hotak ko xle trime,sume ko rijek!!!keling,buddha pon pcy tuhan,pcy kitab suci depa oi..alo..think outside from d box la..blogger ni nk igtkan korg psl pesanan almarhum,bukan almarhum hidup balik!!

Anonymous said...

btul tu cakap sedara di atas!!
ko gtau la kat "org yg dok dokong" ko tu klu dia rs dia BTUL2 BERANI,ON LA COMMENT KAT KORG PNY BLOGGER!!! xkan la korg TAKUT DIKOMEN klu korg rs korg btul..
hahahahaha..ckp mletup2..tp penakut..

Anonymous said...

geng penyokong MMK dah pandai nak murtadkan orang ye?

Dulu tuduh orang itu ini mengaku jadi nabi, sekarang nak tuduh orang murtadlah pulak?

Standard la taktik korang, cuba gak nak kaitkan ngan ajaran sesat la, walaupun kaitannya tak masuk akal langsung. Takdepun cerita persalinan roh. Ikut suka dia je, pak kaduk ni.

Baru korang tahu bahang kalau orang pakai topeng Ustaz. Time MMK pakai topeng Ustaz, takpe ye? Rasakannnn! Taste your own medicine.

Anonymous said...

helo, kalau ya pun nak pakai nama arwah ustaz, guna lah bahasa yang elok sikit. Bahasa u ni kasar sangat. buat malu ustaz, buat malu YMGU mat radzi saja. YMGU akhlak dia punya lah bagus. tip top! nombor one! Sabar nya dia ya Allah Tuhan saja yang tahu. MMK lanyak, henyak, pelantingkan dia teruk-teruk pun, dia sabar. Tapi penyokong YMGU kontra la pulak. kdg2 sikap penyokong mcm ni lah yg buat imej YMGU tercemar teruk.

Anonymous said...

ingin saya tekankan di sini..
komen saya di atas bukanlah memurtadkan penulis atau sesiapa sahaja..
tetapi sebagai tujuan peringatan.. supaya kita lebih berhati2 dalam bersuara & juga penulisan.

sebab itu sy kata "bley membawa kpd kemurtadan" dan bukannya berkata org ini murtad.

selagimana seseorg itu mengucapkn kalimah 'La ilaha illallah', selagi itu dia tetap seorg muslim.

hikmah_muslim

Anonymous said...

Suara Hanafi, teruskan usaha anda. Meremang bulu roma bila baca peringatan Ustaz. Hanya yang berfikir sahaja tau maksud setiap kata2 tersebut. Mereka mula panas sebab terasa KEBENARANNYA. Cuma rasa ego dan bebal mereka sahaja yang memisahkan antara hak dan batil.

Masih Belajar.

Anonymous said...

Bagaimana terjadinya syirik?

"Dia mengira bahawa orang mati itu dapat memberikan keputusan terhadap sesuatu persoalan di samping Allah, sedangkan mempercayai hal itu adalah melakukan kekufuran."

Hakikat Tauhid
Dr.Yusuf al-Qardhawi

-hikmah_muslim-

Anonymous said...

nk kene sekolah lagi ke si 'hikamah' ni??
bile mase plak blogger ni mengira almarhum hidup balik??adoi..xpaham ke yg dh capitallize tu??
-KONSEPNYE JE,BUKAN SAMEKAN ALMARHUM DGN NABI-

maknenye: BLOGGER NI JUST MENGGUNAKAN NAMA ALMARHUM UNTUK NAK MENGINGATKAN KORANG PUAK2 PENENTANG NI...JUST GUNA NAMA JE..MACAM LA GUNA HADIS NABI S.A.W UTK MMBERITAHU SESUATU..

ish..apela yg xpaham2 lagi ni?? amek contoh mudah la..klu gune yg susah hang pening kang..
"cara kite smbahyang,brdiri tegak,ruku',sujud,sape yg ajar?mesti la nabi.so bile nabi dh wafat,asal kite still sembahyang kite ruku' dulu br kiam?np x mule dengan sujud last2 baru ruku'??"

np hang x ubah je cara hang sembahyang tu,asal hang ikut cara yg nabi ajar untuk sembahyang padhal nabi dh wafat??asal hang ikut keputusan cara nabi sembahyang padahal xde pon di ajar cara smbahyang dalam quran??asal han percaya tu cara sembahyang yg btul?hang prnah nmpk nabi sembahyang ke?klu cmtu la,ayat hang kat ats tu kire syirik la kite ikut cara nabi sembahyang sb nabi dh wafat??jadi kite kene ikut cara org yg hidup sembahyang la,klu dia mula dengan sujud,hbs dgn ruku',jd btul la ye?sbb ikut "keputusan" org yg hidup lagi??

tula..jgn la nk main gune je kata2 hikmah,tanpa tgk,kaji balik dari segenap sudut...skali lagi diingatkan "KONSEPNYE JE,BUKAN SAMEKAN ALMARHUM DGN NABI"

Anonymous said...

perlu menyemak:)