Saturday, May 5, 2007

Hak & Hulk

Bila ana melihat BIG BODY GUY yang telah MENGUNGKIT tentang jasa dan pengorbanan (khasnya wang ringgit) untuk perjuangan Silat Cekak ana, inilah satu lagi BUKTI yang sangat JELAS tentang HATI yang KOTOR dan TIDAK IKHLAS.

Perkara ini diperbesarkan hanyalah bertujuan untuk membentuk minda (mind set) ahli mengatakan bahawa anakanda ana seorang yang tidak baik. Itulah tujuannya! Cubaan menjatuhkan imej anakanda ana. Cubaan untuk mengajak ahli-ahli lain bersetuju dengan pendangan mereka. Cubaan meramaikan lagi golongan mengungkit, golongan tidak ikhlas dan menambahkan lagi golongan munafik!

Jika benarpun anakanda ana membayar sebanyak RM20,000.00, adakah anakanda ana mencuri duit kamu! Adakah anakanda ana memaksa kamu membayar untuk beliau? Anakanda ana menggunakan hasilnya sendiri. Menggunakan HAKnya sendiri. Anakanda ana tidak pernah merampas HAK kamu!

Apa yang berlaku sekarang, kamu telah MENCURI HAK anakanda ana yang berhak sebagai Guru Silat Cekak! Kamu juga telah MENCURI HAK bakal Guru selepas anakanda ana! Kamu telah MENCURI dua HAK sekaligus! Kamu telah MENIPU orang lain! Benarlah pantun melayu; Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri.

Inilah BUKTI yang sangat jelas tentang HATI yang KOTOR. HATI yang TIDAK IKHLAS. MENGUNKIT pengorbanan kamu untuk Silat Cekak. Memperlecehkan pengorbanan orang lain. Kenapa tidak kamu pertikaikan seorang JK Tertinggi yang telah menjual tanahnya sebanyak RM500,000.00 dan membina sebuah banglo yang besar? Membeli perabot daripada Vietnam dengan harga belasan ribu? Kenapa tidak pertikaikan seorang JK Tertinggi yang mempunyai simpanan melebihi RM200,000.00 di Bank Rakyat? Kenapa tidak pertikaikan beberapa orang JK Tertinggi yang menggunakan persatuan untuk TILAM AJAIB yang telah mengaut puluhan ribu malahan ratusan ribu ringgit? Berapa yang persatuan dapat? Kenapa tak dedahkan, jika untuk kebenaran!

Ana tidak akan bongkarkan semua perkara ini kerana ana tahu ini adalah HAK mereka. HULK pun tahu HAK orang tak boleh diCURI, maka HULK hanya membantu orang dengan IKHLAS tanpa MENCURI HAK orang lain. HULK menentang orang yang MENCURI HAK orang lain. Walaupun HULK berbadan hijau, tetapi HATInya BERSIH. Walaupun kamu berbadan PUTIH tetapi HATI kamu HITAM dan KOTOR!

Sangat jelas bahawa kamu ini golongan MUNAFIK. Kamu PENIPU, MENGAIBKAN ORANG, MENGUNGKIT dan MENYERU KEMUNGKARAN. Ini ingatan ana untuk kamu, daripada kekasih ana Saidina Abu Bakar As Siddiq RA bahawa kekasih ana Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Tiga golongan tidak masuk syurga iaitu golongan PENIPU, golongan bakhil dan golongan yang suka MENGUNGKIT (pemberiannya)".

Tidak masuk syurga, maka NERAKA jawabnya! Duduk kat TITIAN SIRAH tidak dibenarkan sebab akan menggalakkan budaya LEPAK! Kalau LEPAK di TITIAN SIRAH dibenarkan, ana lebih rela menjadi BUDAK LEPAK daripada kamu, BUDAK NERAKA!


Ana hanya mengingatkan kamu tentang peringatan daripada para kekasih ana. Kalau kamu yakin pada para kekasih ana, maka berimanlah. Kalau kamu tidak yakin pada para kekasih ana, ikutlah HULK, tetapi kalau kamu tidak yakin pada kedua-duanya, ana peduli apa sebab "Hangpa Tak Untung, Aku Tak Rugi".

27 comments:

Anonymous said...

Tahniah Ustaz Hanafi. Penjelasan dan hujah yang mantap. Dulu saya agak keliru dengan persoalan-persoalan ini tetapi dengan kehadiran Suara Hanafi, semuanya semakin jelas. Saya berharap kita dapat berjumpa suatu hari nanti. Sekali lagi tahniah dan terima kasih.

Anonymous said...

Allahu Akbar! Segala puji bagi Allah! Menitis airmata ana bila telah mula ada yang terbuka pintu hati melihat kebenaran.

Ketahuilah MURIDKU bahawa penulisan ana hanyalah sebahagian usaha kecil ana untuk menegakkan kebenaran. Yang lebih penting ianya adalah KURNIA HIDAYAH dan PETUNJUK Allah kepada kamu. Bersyukurlah.

Dan ingat! Dosa sesama makhluk tidak akan terhapus jika tidak dimaafkan oleh orang itu sendiri. Jika kamu pernah terlibat memfitnah anakanda anda, bertemulah beliau semula kerana kamu telah menzaliminya.

Mohon maaflah dengan IKHLAS akan kesilapan yang telah dilakukan. Mohon ampun juga pada Allah kerana telah terlajak dalam golongan yang menzalimi.

Anonymous said...

Dah.. Dah la tu.. Kalau hang rasa Cik Mat guru yg sah.. Bukakla persatuan yg lain... Habih cerita.. Lepas tu bersaing tengok saper maju.. Kalau group hang dipihak yg benar insyallah menang... Dulu kang hang dah pernah bersaing dengan Silat Kalimah, Silat Cekak Malaysia.. Lebih kurang sama dengan dengan kes GPMS dan UMNO vs Semangat 46... Ingat ( Silat Cekak ni ada tuan, kalau betul dengan tuan dia insyallah dia akan berkembang dan berjaya)

Anonymous said...

Hangpa semua jgn jadi bodo pi layan pak-kaduk dan big-guy.. Tuhankan ada.. Kalau depa buat fitnah insyallah tuhan bagi cash.. Yakinla sikit ngan tuhan... Kadangkala kebenaran tidak dapat dibuktikan dengan hujah dan penjelasan hanya sejarah yang akan menentukan....

Anonymous said...

hehehe,ramai gak yang marah dengan mamat yang buat blog ni.Kan ramai yang nak berguru semula dengan Ustaz,ni bila dia hidup balik,tau pulak x boleh berguru dengan orang mati,siap ambik fatwa Yusof Qardawi plak 2.

Orang2 lama sedelah Master Joe kan x iktirak sesiapa intik jadi guru,ni Ustaz dah ada x nak pulak pegi berguru semula.Srbab 2 En Mat cakap jangan berguru dengan orang mati.Bukan dia hina bapak dia,taoi nak sedarkan golongan yang bodoh ni,Ustaz dah menninggal,yang ada ketua baru,ikutla.yang korang bantai fitnah di nuat apa.

Bodoh sangat orang yang kononya pandai agama nih!1

Anonymous said...

kpd brader yg suh buka persatuan baru tu,ingat senang2 je ke nk lepaskan mereka2 yg telah m'fitnah/m'aibkan YM? selagi p'khianat2 bangka kononnye tu x dihapuskan,x mustahil perkara sebegini akan berulang lg pada mase dpn...org2 camni la yg merosakkan alam pesilatan melayu khususnya dan bangsa melayu secara amnya...

Anonymous said...

Nampaknya tercapai dah hasrat 'mereka' nak bergelar guru. Yang sorang tu bergelar cikgu. Tukarla apa yang hang pa semua nak tukar. Senang agaknya dah dapat gelaran tu. Rujuk majalah Seni Beladiri Mei 2007. Kenapa SU menyampuk bila SB tanya pasai mandat. Takut MJ tk dapat jawab atau gugup ka. Tak hormat kat MJ ka.... kalau dengan YM TG dulu sure kena fire. Caca marba tul.

Aku Ahli Silat Cekak said...

Lihat entri terbaru saya dalam ahli-silat-cekak.blogspot.com

- Analisis Terkini Politik SC
- Analisis Politik SC 1993-2005

Anonymous said...

aku nak tny skit la..aritu mad radhi kena tahan masuk lokap kan..maner dier punya power kata ader bisik semak dan sebagainya..kalo da power mesti x kena tangkap masuk lokap..mane bisik semak, ker da jadi ular dalam semak..

Anonymous said...

macam ni la...kalo kater MJ ( Mat ***** ) nak jadi guru sangat, pi la bukak persatuan baru..xyah kecoh2..wat malu jer..

Anonymous said...

assalamualaikum..

ada yg kata konsep blog suara hanafi ni seperti berikut :

"konsepnya lbih kurg la mcm ko gn hadis2 nabi sbg panduan."

ada sesiapa yg boleh terangkn/jelaskan di sini :-

*konsep penulisan hadis yg mcm mana yg boleh disamakan dgn penulisan blog ini?*

Anonymous said...

"aku nak tny skit la..aritu mad radhi kena tahan masuk lokap kan..maner dier punya power kata ader bisik semak dan sebagainya..kalo da power mesti x kena tangkap masuk lokap..mane bisik semak, ker da jadi ular dalam semak.."

kalau tetiba je polis x dapat tangkap En Mat,nanti korang kata dia penakut la, menyorok la,kalau berani buat apa nak takut la,amal ilmu sesat la. Ni bila dia kena tahan korang mengata jugak,
DASAR ANAK MURID DERHAKA!!!

Aku Ahli Silat Cekak said...

sekadar mencetus pemikiran, sila layari blog saya dengan entri terbaru ;

Aliran Pemikiran Islam dalam SCH

Aku Ahli Silat Cekak said...

Berikut adalah reaksi kepada komen Aryon yg saya jumpa dalam blog Mencantas Kebatilan :

aryon said...
alhamdullilah persatuan seni silat cekak malaysia (psscm) semakin berkembang setelah masalah 1993 selesai..... yang benar tetap benar, bila datang nya hak yang batil akan batal.... terpulang kepada mana pihak untuk memilih
3:51 PM

Aku Ahli Silat Cekak said...

Sdr Aryon,

Berkembang maju atau tidak bukan ukuran kebenaran. Sbg cth : Lihat organisasi Yahudi dan Kristian, mereka maju jauh ke hadapan dari organisasi Islam, tetapi adakah mereka benar?

Organisasi Islam ada banyak masalah, ada yang mundur, tidak bergerak, tetapi adakah mereka batil?

Bagi saya golongan yang benar ialah golongan yg sentiasa mengamalkan Islam sebagai mana yang disuruh oleh al-Quran dan dibuat pula oleh nabi seperti yang tercatat dalam Hadis. Cth : Surah at-Taubah iaitu surah ke-9,ada byk ayat yg suruh sembahyang dan keluarkan zakat. Kalau pemimpin dan ahli-ahli Cekak Malaysia hatta Kalimah sekali pun sembahyang dan keluarkan zakat, saya tak teragak-agak utk kata itu satu tindakan yang benar. Kalau pemimpin dan ahli-ahli Cekak Malaysia hatta Kalimah sekali pun tidak memburukkan orang lain, tidak memfitnah atau tidak mengadu domba, saya tak teragak-agak utk berkata kalian benar. Tapi harus ingat, sikap segelintir atau majoriti ahli tidak mencerminkan kebenaran sesebuah organisasi. Kalau sebahagian besar ahli berkelakuan ikut Quran dan Hadis, tetapi pucuk pimpinan tidak mengikutnya malah menerajui organisasi ke arah perkara-perkara mungkar, itu tetap tidak benar.

Ogrnisasi yang benar ialah yang mampu melakukan amal maaruf nahi mungkar. Kalau tak mampu buat nahi mungkar, at least buat lah amal maaruf dulu. Saya tidak dapat beri komen tentang Cekak Malaysia kerana tidak aktif dalam Cekak Malaysia. Tapi sebagai umat Islam saya berbaik sangka pada Cekak Malaysia dan Pak Ak yang pernah saya salam dan cium tangannya satu waktu dulu. Pernah dengar majlis2 petuanya hingga lewat pagi.

Sekali lagi saya tegaskan, pihak yang benar ialah pihak yang berkelakuan seperti A GOOD MUSLIM atau sekurang-kurangnya berusaha untuk jadi A GOOD MUSLIM.Kita ini bukannya baik-baik, tapi kita kena struggle untuk jadi baik. Kalau kita sudah baik, tentu kita sudah jadi ustaz, agamawan, mufti, ulama, etc. Sebab kita tidak baik lah, kita masuk Silat Cekak dan jadi ahli biasa.

Tidak kira organisasi mana kita sertai, CM, CH, Kalimah, ABIM, JIM, PAS, UMNO HADHARI, Keadilan, Ikhwan Muslimin, Hamas, Hizbullah, GPMS, Belia 4B, WWF, Aman Malaysia, atau tidak menyertai mana-mana organisasi, orang yang benar ialah orang yang beramal dengan ilmu. Ada sikit ilmu, amal lah yang sikit2 tu. Ada byk ilmu, byk kan amal. saya akui memang susah nak amal. Bercakap tentang agama memang senang, tapi mengamalkan agama yang susah. Berdasarkan pengalaman dengan SCH dan dengan SCM dulu sebelum tahun 1993, ramai yang CAKAP SAJA PASAL AGAMA TAPI AMALNYA KURANG. SCM sudah lama saya tinggalkan jadi saya tidak tahu bagaimana SCM sekarang. Apa pun, saya tetap berbaik sangka pada Pak Ak dan SCM atas dasar sesama saudara seIslam.
5:34 AM

Anonymous said...

senyap aja....

Aku Ahli Silat Cekak said...

Lihat reaksi saya terhadap tulisan dalam sepakminang.blogspot.com

Tajuknya : Kenapa Pentadbir Muda SCH Hipokrit?

Anonymous said...

Apapun,Md Radzi hanafi masih guru yang ada mandat...Marwi tu TAK DA APA...!!!

Administrator said...
This comment has been removed by the author.
Administrator said...
This comment has been removed by the author.
Administrator said...
This comment has been removed by the author.
Administrator said...

Assallammualaikum...

Wahai rakan-rakan yang seangkatan denganku. Perjuangan Silat Cekak Ustaz Hanafi dibawah GU Mad Radzi haruslah dipertahankan. Sabar ajer kerana kita berpegang kepada satu ayat "Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Jadi jelas disitu GU Mad Radzi telah pun bersumpah dan seharusnya sumpah beliau kita pegang kerana mempercayai akan kitab al-quran itu adalah satu rukun iman yang WAJIB diimani. Wassalam

Anonymous said...

sory la aku jumpa log ni ecara tak sengaja.......tak habis2 budak2 silat cekak......daripada aku kat univ sampai sekarang..nasib baik la ak tak join...masaalallah aku ingatkan dah tak der benda2 ni.........apara la u all ni grow up la........ bangang betul...... tah2 sampai zaman anak cucu aku pun enda ni ader lagi........bangang betul......

Anonymous said...

dulu kutuk2 pakai mulut jer ........la ni siap ader blog...siap guna ayat quran hadis la........ patut la org islam tak maju2......masyallah.......daripada dulu samapai sekarang aku agak masa sessi silat cekak tak kira la yg mana satu mesti ada sessi umpat mengumpat ni....kalau tak takan sampai sekarang benda2 macam ni ader lagi.... siap ader blog......dan secara amnyer kalau campaur dgn budak2 cekak ni mestia der ego semacam.....sialt aku hebat .....metia der ungkapan.....tomoi pun kalah la.....sialt ni tak payah bunga2 la......riak betul...aku yg tak belajar silat pun menyampah......sudah la.....sudah la........korang nak gaduh pun pun gaduh la enyap.......jgn la perturunkan kat anak murid sekali.....ker yarat wajib nak masuk cekak ni.....ok la aku harap jgn la bila anak cucu aku bukak internet 10, 20 tahun lagi ader lagi benda2 bangang macam ni.......sialt cekak...tukar la nama tu......ashik nak bercekak jer.....namakan silat salam2 ker ..........bangang bangang.......

ore kg pun benci said...

tah hape2 la korang nih... nak berpesatuan pun nk 'gaduh2' sampai pecah..huhu..

lepas ni buat la persatuan bnyk2 silat cekak ni rasanya kena pecah sampai 21 (bintang pecah 21), baru cukup perpecahannya...huhu

reti la sikit, orang nk belajar silat pun susah...kena memilih...huhu

kalu dulukan senang, hanya ada satu sahaja...

Anonymous said...

assalamulaikum......
untuk ingatan dr sendiri dan anda semua.....

maaf krn masuk campur disini
saya rasa x perlu nk perbesarkan lagi masalah ini... krn ia bkn shj memalukan antuma semua tetapi kpd agama dan bangsa...

kpd saudara yg mengunakan nama ustaz hanafi sbg samaran harap nama anda berhenti menggunakan nama beliau krn di bimbangi akn mendatangkan fitnah.. biarlah ustaz tenang dialam barzah.. jika kita di pihak yg benar knp harus berselindung dengan nama org lain

jika ingin berdebat dsini bkn tempatnya....
jika saudara semua org yg benar anjurkan taa'ruf yg disertai oleh org2 bertelingkah.. tp musti disertai oleh 2 org atau lebih ustaz(bebas dr menyertai mn2 pihak) yg menjadi pensihat dan rumusan kpd taa'ruf... dan disaksikan oleh semua ahli.... supaya jelas apa yg ingin d perkatakan

saba Rasulullah....
biar tersalah ampun
jgn tersalah hukum......

saya bimbang.......
melayu akn hancur dengan sikap melayu sediri.....

niat ustaz bukak silat cekak
untuk menegakkan Islam...

jgn lupa ya...
pantang larang........
jgn gadoh2 sesama ahli...

ingatlah apa yg sebenarnya yg d perjuangkan...


ingatlah Allah x suka org yg memutuskan tali silatulrahim...

mohon maaf sekali lg
waallualam.........


Abdullah

Anonymous said...

Aduh.Tak habis habis gaduh.Apakata ajar silat tak payah berpesatuan pesatuan pulak.Ajar style kg .Pasal gila nak jadi pemimpin pesatuan lah jadi lagu ni .Lagipun Pak Ya dulu ajar tak abis kat Ym.Ustaz.Nak bangga apa sangat. Kat Kalimah pun dia bg x abis.Mana dia dua cabang lagi cekak.Mana dia cekak merantau.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz.....
bleyh tlg ark?