Thursday, May 3, 2007

Syukran Wal Syukran

Sekali lagi ana ucapkan SYUKRAN kepada pelbagai komen yang ditujukan pada ana. Ana sangat hargai pandangan dan ingatan semua pada ana, dan ana akan menjawab beberapa kekeliruan kamu yang mengomen ana.

Ada yang berkata, mana yang lebih penting antara salasilah perguruan berbanding kebenaran Allah dan ahli sunnah wal jamaah. Jawaban ana; ketiga-tiga ini sama pentingnya. Adakah dengan MENIPU salasilah ini dikatakan BENAR? MENIPU tetap MENIPU! MENIPU tetap MUNAFIK! Adakah dengan meletakkan KEBENARAN salasilah perguruan itu menyanggah kebenaran ALLAH dan RASUL? Adakah menegakkan KEBENARAN salasilah perguruan itu menentang ahli sunnah wal jamaah?

Ada yang berkata SABAR dan Allah sentiasa bersama orang yang benar. Ana bersetuju sangat dengan pernyataan ini, tetapi orang ini tidak cukup 'rencah' dalam pemahaman! Adakah cukup hanya memeluk tubuh dan berkata SABAR kerana Allah sentiasa bersama orang yang benar. Kemana perginya 'rencah' USAHA dalam menegakkan kebenaran? Adakah kamu faham bahawa ibubapa kamu tidak perlu bersetubuh untuk mendapatkan kamu? Dah tentu jawabannya TIDAK! Ibubapa kamu wajib bersetubuh sebagai usaha untuk kamu melihat dunia! Untuk kamu membela agama! Untuk kamu membela kebenaran! Bukannya menegakkan KEBATILAN!

Ada yang berkata kata-kata ana dalam blog ini kasar. Ana pun tak tahu yang mana dikatakan kasar. Adakah pernyataan ana yang bersumberkan hadis dan furqan itu dikatakan kasar dan biadap? Adakah kata-kata ana MATI DIDALAM JAMBAN ini dikatakan kasar? Kalau kata-kata ini kasar, maka ana akan lembutkan dengan perkataan MENINGGAL DIDALAM TANDAS! Atau DIE IN THE TOILET! Dah cukup lembut ke?

Apapun ana berterima kasih kerana mengingatkan ana, kerana ana manusia biasa yang tidak MAKSUM. Walaupun ana tidak maksum tetapi "Hangpa Tak Untung, Aku Tak Rugi".

5 comments:

Anonymous said...

Bagaimana terjadinya syirik?

"Dia mengira bahawa orang mati itu dapat memberikan keputusan terhadap sesuatu persoalan di samping Allah, sedangkan mempercayai hal itu adalah melakukan kekufuran."

Hakikat Tauhid
Dr.Yusuf al-Qardhawi

-hikmah_muslim-

azizah said...

Apa kena mengena "mati dalam jamban" dengan perjuangan ustaz hanafi !!

Anonymous said...

hanye org yg tau citer disebaliknye je yg akan mengerti...semoga ia bole dijadikan ikhtibar...

Anonymous said...

ni lagi sekali nk kne sekolah ni..

contoh: asal sunat bersugi??
msti jwpn hang sbb dlm nabi ad wat..tp mn hang tau ap yg nabi wat tu btul?hang ade ke zaman nabi?

so,bile nabi wafat,bersugi tu dh bukan sunat la ek,so dh jd ape hukumnya??sbb klu nk ikut hang ni,xle ikut kputusan org yg dh mati..sbb kufur..so klu ad yg ngaku dia nabi lepas Muhammad,pstu dia cakap bersugi tu haram,haram laek,sbb tu kputusan dr org hidup?

sekolah la bebaik dulu..jgn amek sekerat2 je..mmg ilmu Allah ni xkan habis,tp bile belajar tu,belajar la smp tamat,baru la cari ilmu lain..

hmmm..ni msti hang pun amek sekerat2 je ayat Yusuf Qardawy ni kan?same konsep mcm mentor2 hang yg amek sikit je prbualan antra pak ak dgn YM GU Md.Radhi..xnk siarkan sepenuhny..mmg hang ni protege yg baik la.. :)

Anonymous said...

ya..memang hukum bersugi itu sunat.
dan ianya sunat sbb ianya adalah sebahagian dr sunnah/perlakuan nabi bertujuan utk menjaga kebersihan diri & terhindar dari penyakit.
malah Rasulullah s.a.w pernah bersabda yg bermaksud
"Kalau tidak menjadi suatu keberatan, aku aku ingin umatku bersugi setiap kali sebelum solat" -riwayat ibn.majah-

kalau dah Nabi Muhammad s.a.w yg buat, tentulah betul sbb dia nabi, utusan ALLAH s.w.t.
Dan andainya ada org yg mengaku dia nabi selepas Muhammad s.a.w dah tentulah orang itu nabi palsu kerana tiada nabi selepas Muhammad s.a.w.

-hikmah_muslim-