Thursday, May 3, 2007

Guru Silat Cekak

Ana perhatikan dalam blog BIG BODY GUY telah menipu dan cuba menyesongkan pemahaman umum tentang salasilah Guru Silat Cekak. BIG BODY GUY mengatakan bahawa Pak Ya telah menyerahkan mandat sebagai Guru Silat Cekak kepada beberapa orang selain daripada ana. Satu pemahaman yang DANGKAL dan KURANG CERDIK.

Guru Silat Cekak ini menurut sejarah hanyalah SEORANG GURU dalam SATU MASA. Bila munculnya dua orang, maka salah seorangnya adalah PENIPU. Ketika Pak Ya menyerahkan mandat sebagai Guru Silat Cekak kepada ana, maka ana merupakan Guru Silat Cekak dan Pak Ya merupakan BEKAS guru. Apabila muncul sesorang yang mendakwa mendapat mandat daripada Pak Ya, maka orang itu jelas telah berbohong kerana mandat tersebut telah diserahkan terlebih dahulu kepada ana. Inilah yang dinamakan 'kulit'. Ana seterusnya meneruskan Silat Cekak ini bersama 'isi' yang ana perolehi daripada Pak Haji Zain.

Sebelum ana meninggal dunia, ana telah menyerahkan mandat 'isi' iaitu pengisian TAUHID ana kepada anakanda ana iaitu Md.Radzi pada 29hb Ogos 1981. Mandat sebagai Guru Silat Cekak tidak ana serahkan kepada Md.Radzi pada ketika itu.

Mandat sebagai Guru Silat Cekak hanya ana serahkan pada Pak Ak pada bulan Januari 1986 sebelum ana meninggal dunia pada 13hb Ogos 1986. Ana tidak pernah menyerahkan mandat 'isi' kepada Pak Ak. Dan pada 19hb Mei 1993, ana telah menyaksikan bahawa Pak Ak telah menyerahkan mandat sebagai Guru Silat Cekak (Mandat Kulit) kepada anakanda ana Md.Radzi pada jam 1.00tgh dibilik ana sendiri. Ana dengan keras menyanggah pernyataan bahawa anakanda ana menerajui Silat Cekak ini tanpa 'isi'.

Dengan penjelasan ana ini, jelaslah bahawa Pak Ak adalah Guru Silat Cekak yang sah dan mempunyai 'kulit' sahaja, anakanda ana adalah Guru Silat Cekak yang sah dan mempunyai mandat 'isi' dan 'kulit', dan Ustaz Marwi adalah Guru Silat Cekak yang BATIL dan tidak mempunyai sebarang mandat. Tidak ada 'kulit' mahupun 'isi'.

'Kulit' tanpa 'isi' adalah kosong. 'Isi' tanpa 'kulit' adalah busuk. Tiada 'kulit' dan tiada 'isi' adalah pembohong. Pembohong adalah munafik dan munafik adalah neraka jahanam, dan "Hangpa Tak Untung, Aku Tak Rugi".

5 comments:

Anonymous said...

kalau nak kata ada isi & kulit pun, tak menunjukkan dia benar, sentiasa benar & tidak melakukan kesalahan kan?

hikmah_muslim

Anonymous said...

hang ni rajin tul la yek??:)

sape kate dia sntiasa benar& xmelakukan kesalahan?YMGU Md.Radhi bukan maksum.mmg dia pun psti wat salah..tp klu dia dh bersumah smbil pgg al-quran pun hagpa x percaya..tu puak ape plak tu?sedare,nak tuduh org berzina pun kene ad 3 saksi yg cukup syarat tau,yg nmpak bbtul alat kelamin dimasukkan kedalam alat kelamin..yg saksi tu pulak,kne cukup syarat,kne lelaki,kene baligh,kene dprcayai oleh masyarakat..ish..hang ni sekolah x habis ke?

YMGU dh pgg quran pn hang xpercaya..

kalau dlm pnyiasatan pn dh belit,cntohny "pendakwa ckp si A dh cabul si mgsa wktu dia paki kainputih" tp bile dengar dari org yg kononya mgsa, dia cakap "wktu si A wt bnde tu,kain dh trlucut"

xkan kat situ hang xle nmpk keraguan kot???hang ni ikut ke x prkmbangan dr awal smp skrg?ke hang ni pun dok tadah telinge dari mentor2 hang?

Anonymous said...

pada aku tuk jadi guru silat ni, aper2 pun dia mesti 'power' atau hebat..bermaksud dr segi jasmani dan rohani..bnyk martial dah join dan SC telah membuktikannye dgn perihal 'isi' dan 'kulit'...

tapi kenapa semua org inginkan jawatan GURU tu? takde masa sendiri, ke hulu ke hilir, takde masa tuk family, selalu travel, berjauahan, jupe mcm2 jenis org..tp rmi nak gak..adehhh

Anonymous said...

Silat ni satu gerak utk bela diri yg difitrahkan utk org Melayu. Dalam agama, pertahankan diri tu wajib. Tapi setakat tu saja. Bersilat tak perlu salsilah, tak perlu sanad.

Dalam kubur nanti, bukannya ditanya, guru silat kamu sapa?

Apa nak gaduh. tak suka guru ni, pi belajaq dgn guru lain. tak mau persatuan ni, pi masuk persatuan lain.

jangan di'taqdis'kan apa yg Allah dan Rasul tak pernah taqdiskan!

Bila Cekak taksub... Allah ajaq, pecahkan Cekak.. jd dua.. Cekak Malaysia dgn Cekak Hanafi... CH taksub.. Allah bagi lagi pecah...tu pun tak sedaq lagi...

Ntahlah...

Anonymous said...

tipu betoi la cerita kat atas sekali tu....sapa la yang pi interview utz hanafi kat kuboq tu suh cerita macam tu pastu balik pos kat sini....hebat betoi dia...mai aku nak test tgk....